Wednesday, October 22, 2008

SAHABATKU

Kitakah mahasiswa?
Masih terkenang dalam ingatan
Saat kita dipertemukan
Dalam sebuah keadaan
Yang berselirat persoalan

Disini kita digelar mahasiswa
Yang pandai mengguna minda
Untuk di isi ilmu berguna
Bakal pewaris kepimpinan Negara

Namun teman…..
Kitakah mahasiswa?
Andai hanya tahu membuat tugasan
Kitakah mahasiswa?
Andai merungut dilanda kesusahan
Kitakah mahasiswa?
Andai hanyut dibuai hiburan
Kitakah mahasiswa?
Andai tewas dengan tekanan
Kitakah mahaiswa?
Andai tenggelam dalam percintaan

Temanku,
Adakala kita hanya hanyut dibuai bangga
Dengan bermacam puji dan puja
Konon kitalah paling bijaksana
Menghuni universiti terkemuka

Teman..
Pada kekasihkah tumpahnya cinta?
Pada ijazahkah ukurnya jaya?
Pada hartakah nilainya kaya?
Pada pangkatkah simbolnya usaha?

Benar,
Cinta dinilai pada setia
Tapi, kenapa tergadai maruah manusia?
Benar,
Ilmu tanda bijaksana
Tapi, kenapa dilupa selepas periksa?
Benar,
Wang itu satu keperluan
Tapi, kenapa terhakis nilai insane
Benar,
Darjat itu lambing penghargaan
Tapi, kenapa masih ada penipuan

Temanku, telusurilah makna sebuah kehidupan
Dengan hati yangdisuluhi iman
Bahawa hidup ini bukan senang
Untuk kita berterusan riang

Teman,
Marilah kita mengembara
Mencari maknanya cinta
Menjejak tugas sang hamba
Memakmurkan muka dunia

0 comments:


Blogspot Template by Isnaini Dot Com and Mining Industry. Powered by Blogger